Tunggu Bayaran Stesen TV, Dah Lama Jadi Lembu






    Seingat kami, sebelum ini Nabila Huda pernah meluahkan perasaannya terhadap produksi drama tempatan yang masih mengenakan bayaran yang rendah walaupun sara hidup ketika ini boleh tahan juga tingginya. Sementara itu, Che Ta baru-baru ini turut memuatnaik Insta Stories yang juga berkaitan dengan bayaran.

    Melalui luahan hati Che Ta, ternyata dia bengang situasi yang menimpanya gara-gara masih tidak menerima bayaran daripada pihak stesen televisyen, stesen TV mana, tidaklah pula didedahkan.
    “TV stesen ni bila jemput kita buat program, janji payment 2 minggu, 5 bulan pun belum nampak bayang RM! Kalaulah kita ni hidup duduk menghadap duit keluar TV, lama dah jadi lembu makan rumput tepi jalan!,” tegas Che Ta.

    Mujurlah Che Ta sememangnya sudah menceburi bidang perniagaan sejak sekian lama dan apa yang dikongsikannya ini pastinya turut dirasai rakan selebriti lain yang turut lewat mendapat bayaran daripada stesen TV. Jadinya, sementara masih laku, usahalah untuk mencari mata pencarian lain bagi menampung kehidupan yang tidak tahu turun naiknya di masa mendatang. (rtky/s)




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...