Fesyen Seluar Neelofa Dikritik Netizen, Nampak "V shape" nya






    Bukan mudah untuk menjadi selebriti terkenal seperti Neelofa, apa sahaja mengenai beliau akan mendapat perhatian daripada setiap sudut. Terbaru, penampilan Neelofa dalam program MeleTOP semalam sekali lagi mengundang kritikan netizen.

    Apa sahaja mengenai Neelofa pasti mendapat perhatian daripada netizen. Terbaru penampilan figura ini dalam program Meletop sekali lagi mendapat kecaman netizen kerana seluar yang dipakainya menampakkan yang tidak sepatutnya.

    Ramai yang mengatakan fesyen seluarnya itu kurang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah dan jelas menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya pada bahagian “sulit” beliau. Wah, agak tajam juga ya mata-mana netizen yang memerhati.

    Namun, tidak semua yang berfikiran negatif. Masih ada sesetengah pihak yang mempertahankan Neelofa dan menjelaskan lekuk “V” yang kelihatan sebenarnya terjadi secara tidak sengaja kerana beliau sedang berjalan ketika foto “candid” itu diambil. Malah, ramai juga artis yang pernah berfesyen sebegitu tetapi mengapa ia dipertikaikan bila Neelofa yang menggayakannya

    Dalam menegur orang lain untuk memperbaiki penampilan mereka, tak salah jika kita lakukan ia dengan cara yang lebih berhemah tanpa mengecam sesuka hati. Kesian juga dengan  Neelofa yang sering menerima komen negatif.






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...