waw Rupanya Dua Pelakon Cantik Ini Anak Iwan Dangdut






    Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.Hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

    Rupanya dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni.Kedua-dua pelakon cantik itu kini aktif menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

    Pasti ramai yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan Maembong. Ibu mereka adalah adik-beradik. Bapa adik-beradik Maembong pula adalah sepupu ibu mereka.

    Apa yang pasti, adik-beradik Manrose, Senrose dan Maembong memang cantik-cantik belaka. Dah macam keluarga The Kardashians.






      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...