Wanita ini hamil anak di luar nikah dari bintang rock legenda






    KUALA LUMPUR 22 April - Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendakwa dirinya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit yang dijalinnya dengan seorang pemuzik kumpulan rock legenda tanah air.Mahu dikenali sebagai Ann, wanita tersebut ketika menghubungi Utusan Online mengakui bayi yang dikandung adalah angkara keterlanjurannya bersama pemuzik berkenaan yang dikenali lebih setahun lalu.“Kami mula berkenalan dalam sebuah majlis

    persendirian, namun hubungan tersebut pada peringkat awal hanya sekadar kenalan biasa, tidak lebih dari itu.“Bagaimanapun, disebabkan urusan perniagaan yang ada kaitan dengan kumpulan rock terkenal itu, saya jadi kerap bertemu dengannya termasuk ahli yang lain.“Ekoran itu, kami mula jadi kawan baik, semakin hari semakin rapat sehinggalah memutik rasa kasih dan sayang antara kami berdua. 
     
    “Mulanya saya enggan terperangkap dalam hubungan tersebut memandangkan pemuzik veteran itu sudahpun berumah tangga,” katanya berterus-terang.Pun begitu, layanan mesra serta sikap budiman lelaki itu membuatkan Ann termakan umpan yang dipasang lalu merelakannya menjadi mangsa kepada jerat percintaan kasanova berkenaan.Akuinya lagi, pada Julai lalu, hubungan mereka kian intim sehingga berlanjutan ke adegan ranjang yang akhirnya mengundang padah buat Ann.“Selang beberapa minggu, saya disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran menyedari kitar haid yang terhenti, di samping menghidapi simptom lazim kehamilan.

    “Sebaik dimaklumkan tentang kehamilan itu, terus saya hubunginya untuk menceritakan situasi yang sedang dialami.“Pada waktu itu, meski dia menunjukkan reaksi terkejut, namun berjanji untuk bertanggungjawab termasuk mengatur perancangan menikahi saya,” jelasnya.Trimester pertama kehamilan, Ann mengatakan lelaki itu berusaha mengotakan janjinya sehinggalah hubungan sulit mereka dihidu isteri pemuzik terbabit.

    Sejak itu, kedua-duanya berhadapan masalah dan jarang bertemu bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar, cuma kata Ann, hanya telefon pintar menjadi medium komunikasi.Disebabkan hal itu, pelbagai kesukaran mula timbul, sekali gus menyulitkan lagi hubungan terlarang yang berlaku antara mereka.

    “Lama-kelamaan, hubungan kami makin renggang, selalu terjadi perselisihan faham dan sebagainya yang kemudiannya menjadi punca terhadap perpisahan kami.“Lebih teruk, dia sekarang seolah-olah sudah lepas tangan membiarkan saya seorang menanggung bahana onar kesilapan kami,” ujarnya memberi penjelasan.Berjanji tidak akan menggugurkan kandungannya, Ann berharap luahan itu dapat melembutkan hati pemuzik tersebut agar mengotakan janji yang telah dilafaz sebelum ini. - UTUSAN ONLINE



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...