Rupa Paras Anak Dikutuk, Nora Danish Menangis






    Merasakan diri sudah cukup sempurna sehingga sanggup mempersoalkan kecomelan seorang bayi adalah satu perbuatan yang sungguh tidak matang dan menjengkelkan. Malah sebagai ibu bapa yang terkena tempias tersebut, pastinya perkara sedemikian adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati.

    Begitulah juga apa yang dirasai oleh Nora Danish baru-baru ini apabila ada individu yang mempertikaikan paras rupa anaknya di laman sosial. Tidak kisahlah anak selebriti atau tidak, perbuatan menghina sebegini tidak sepatutnya terjadi.

    “Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis”“Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan,” jelasnya kepada portal KopiPlanet.com.


    Sementara itu dalam masa yang sama Nora juga bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat memahami situasi yang melanda selain turut memberikan kata semangat buat pelakon wanita ini.
    “Suami saya selalu pesan kenapa perlu ambil serius (komen-komen negatif), dia kata sepatutnya saya dah tahu semuai ini dan sebagai seorang selebriti memang kita kena kebal dengan benda-benda macam ini,” kata Nora yang turut menyertai kempen antibuli siber baru-baru ini. (rtky/s)



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...