Pakai Baju Jarang, Wawa Zainal Masih Waras






    Sebut je nama Wawa Zainal, penampilannya sering menjadi perhatian ramai. Pakai apa saja tetap nampak comel.Namun baru-baru ini, foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya menjadi kecaman ramai apabila menunjukkan Wawa memakai baju jarang di bahagian lengan.

    Seperti sudah tahu gambar tersebut bakal menerima kecaman netizen, Wawa menjelaskan dia masih lagi waras dan dia menjelaskan bahawa dia memakai inner berwarna merah jambu.
    “Jangan membawang sangat, chill sudah, saya masih waras lagi. Memang betul inner itu warna pink (merah jambu),” ujarnya kepada mStar Online.

    Ada juga segelintir netizen meminta pelakon itu untuk mengelak daripada memakai pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.“Pakailah inner warna hitam agar tidak menimbulkan fitnah dan tanda tanya orang yang melihat,” ujar netizen.






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...