Masih 'Bergetah', Ini Penampilan Terbaru King Coco Yang Ranggi dan Wow






    Sudah lama MH tidak bersua empat mata dengan instafamous yang pernah viral suatu ketika dahulu, King Coco.Lalu pertemuan bersama pemilik nama sebenar Marshaira Ismail ini sedikit sebanyak memberi ruang buat MH untuk bertanya mengenai kehidupannya kini sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

    Kekal ceria, Coco tetap tampil sporing dan tampil ranggi di pertunjukan fesyen hub, Prima Valet yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Rabu.Menemaninya di majlis berkenaan ialah suami, Azrin Anas.

    Akui Coco, dia gembira dengan kehidupan sekarang dan mengenai hidupnya kini sudah lengkap dan anaknya kini sudah pun berusia enam bulan.
    “Saya okay saja. Anak pun sudah berusia enam bulan. Meski menjadi ibu pada usia sekarang agak mencabar, tetapi saya cuba untuk urusnya dengan sebaik mungkin. Masih steady lagi.“Soal tambah anak kedua tu, belum terfikir lagilah” katanya jujur kepada MH.
    Melihat kepada susuk tubunya yang tak ubah seperti anak dara meski sudah bergelar ibu, MH sempat tanya Coco, apa rahsia bila mampu kembali langsung seperti zaman anak dara?

    “Macam mana nak jaga badan? Itu rahsia saya. Kalau semua orang buat nanti macam mana saya nak maintain berat badankan?,” seloroh Coco.


    Nak tengok figura terbaru King Coco? Ikuti sedutan video bersamanya yang menerusi FB Live MH.sumber


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...