KANTOI ! Neelofa Pura-Pura Jatuh Pegang Zul Ariffin Masa AME2018 ?






    Pasti semua menonton insiden pelakon dan pengacara popular, Neelofa yang hampir terjatuh di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) pada minggu lepas  yang mendapat perhatian ramai dan menjadi viral.Babak berkenaan yang disertakan dengan aksi “kejatuhan” Neelofa yang disambut Zul Ariffin membuatkan rata-rata terkejut dan teruja! Bukan itu sahaja, Michael Ang yang datang ke set program MeleTOP pada hari selasa lepas sebagai tetamu turut berasa ‘curious’ akan kejadian tersebut.Mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar, Neelofa berkata, beliau sudah berbincang bersama Nabil di belakang pentas bagaimana untuk menghidupkan segmen berkenaan.
    “Saya beritahu Nabil, dia akan naik apabila Zul Ariffin yang ketika itu berada di belakang saya, memalingkan saya memandangnya.“Kemudian, lagi satu que adalah apabila saya buat-buat terjatuh tapi Zul sebenarnya tak tahu,” ujat Neelofa dalam MeleTOP.
    Nabil yang turut menyelit memberitahu bahawa beliau sengaja naik sebelum sempat Zul membuat apa-apa bagi ‘membanteras’ babak yang tidak sepatutnya dan apa sahaja dialog yang dilontarkan oleh Zul dan telah dipersetujui oleh Neelofa terlebih dahulu.

    Pada masa yang sama, Michael turut memuji tahap profesional Neelofa yang tenang berdepan apa sahaja kecaman. Pada pendapat Hangat.com, tak ada masalah pun untuk Neelofa berlakon di atas pentas AME2018, seperti mana Neelofa mengatakan tujuan beliau dan Nabil adalah untuk menghidupkan suasana untuk program AME2018 tersebut.

    Tentang kisah Neelofa dan Zul, sekiranya mereka berdua mempunyai hubungan serius sekalipun, apa salahnya kan?? Benda baik perlu dipercepatkan. Apapun Hangat.com sebulat suara menyokong pendapat Michael Ang tentang sikap profesional Neelofa semasa menjayakan program AME2018, SYABAS NEELOFA! source


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...