Bapa Tiri Rogol Anak Sejak Usia 10 Tahun Sampai Si Gadis Jadi Ketagihan






    Tak kiralah bapa kandung mahupun bapa tiri, insan bergelar bapa adalah seseorang yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi anak daripada perkara-perkara tak elok. Tapi yang sedihnya bila ada bapa tiri yang bukan saja tak jaga, malah aniaya pulak anak tiri tu.

    Menurut New Straits Times, seorang gadis berusia 16 tahun di Labuan jadi ketagih untuk melakukan hubungan akibat dicabul dan dirogol oleh bapa tirinya sejak enam tahun yang lalu. Gadis tersebut masih lagi bersekolah tapi kini sedang hamil lima minggu.


    Semuanya bermula apabila bapa tiri menunjukkan video kepada gadis tersebut sewaktu dia berusia 10 tahun. Lelaki itu kemudian mula menyentuh kanak-kanak berkenaan dengan cara yang tidak patut dan mencabulnya.Sebulan kemudian, lelaki itu bertindak merogol anak tirinya sewaktu isteri yang juga ibu kandung kanak-kanak berkenaan tiada di rumah. Kesan dari dirogol bapa tiri dipercayai menyebabkan kanak-kanak itu mengalami gangguan emosi dan membesar jadi seorang yang ketagihan

    Untuk melepaskan ketagian, gadis 16 tahun itu sanggup melakukan dengan enam lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi Wechat. Hubungan tersebut diadakan secara sukarela di beberapa lokasi di Labuan.Difahamkan, hubungan yang dilakukan bersama bapa tiri sejak enam tahun lalu dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya. Ibu gadis terbabit tidak sedar hal ini sehingga mangsa disahkan hamil lepas dirawat di hospital kerana sakit perut, pening dan muntah.

    Gadis itu pada awalnya tak mahu buat laporan polis tentang perbuatan terkutuk bapa tiri kerana sayang kepada lelaki tersebut. Lagi pula, lelaki itu juga adalah satu-satunya sumber pendapatan untuk mereka sekeluarga.Namun, laporan polis akhirnya dibuat setelah gadis itu didapati mengandung. Waktu inilah gadis tersebut mendedahkan bahawa dia dirogol bapa tiri sejak berusia 10 tahun dan kali terakhir adalah 10 Mac yang lalu.


    Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram.
    Apa jenis bapak la macam ni. Bapa sepatutnya jadi ketua keluarga dan protect keluarga, bukan rosakkan ahli keluarga. Aish admin emo betul la orang tak berperikemanusiaan macam ni.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...