2 pelajar perempuan IPTA mengaku berkhalwat 7 lagi rakan lelaki






    Dua pelajar perempuan berusia 21 dan 22 tahun dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama dengan tujuh lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat, lapor Sinar Harian.Dua pelajar perempuan terbabit dan tujuh lagi lelaki yang berusia antara 19 hingga 23 tahun itu mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat. 
    Kesemua tertuduh didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas jam 2.15 petang pada 16 November 2017.Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di premis tersebut mendapati pintu utama rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari bahagian dalam. Bagaimanapun pintu dibuka oleh seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali.
    Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemukan dua lelaki berada di ruang tamu satu, manakala tiga lagi lelaki di ruang tamu dua.Sementara itu di bilik pertama pula menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama dengan seorang perempuan (21) tahun yang sedang berada di atas katil. Manakala di bilik kedua pula menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan. 
    Ketika disoal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberikan alasan datang ke rumah yang disewa oleh rakan-rakan lelaki mereka itu sekadar membuat tugasan sahaja.Susulan kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah, Hakim Syarie mengenakan hukuman denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun, manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama dengan yang lain didenda RM1,500. 
     
    Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...