Remaja Dilahirkan Buta Terkejut Dapat Keputusan Cemerlang 7A SPM








Sejak semalam, banyak kita dengar kisah membanggakan pelajar SPM yang dapat result gempak-gempak dalam negara kita ni. Semua dok kongsi keputusan cemerlang masing-masing tapi tak sama dengan adik yang sorang ni.Sorang lepasan SPM di Pulau Pinang ni buktikan yang orang buta pun boleh dapat keputusan cemerlang tau! Cacat penglihatan sejak lahir lagi, remaja nama Kenzon Yeoh ni berjaya dapat straight As dalam keputusan SPM 2017. Wow!
Walaupun cacat penglihatan, Kenzon jadi top scorer daripada 114 orang calon SPM 2017 di SMK Georgetown. Awal-awal tu dia target 4A je tapi dia tak sangka boleh dapat straight As! Kenzon dapat 5A+ termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Perdagangan; dan 2A- untuk Moral Studies dengan Matematik. Power lah!“Saya paling terkejut bila tengok keputusan Sejarah dengan Sains. Saya confident akan lulus tapi tak expect langsung akan dapat A+,” kata Kenzon.
Kenzon bercita-cita nak sambung pengajian dalam bidang Sains Komputer. Katanya dia pilih bidang tu sebab nak develop software untuk orang-orang buta dan pekak. Wah bagusnya! Dah la pandai, berfikiran jauh pulak tu. Bagus dik!
Kenzon sebenarnya nak jadi inventor tapi cancel sebab agak susah untuk seseorang yang kurang keupayaan fizikal nak jadi pereka ni. So dia tukar haluan sikit.
“Saya nak jadi computer programmer lepas saya masuk camp Teknologi Maklumat Tahunan enam tahun lepas.”


“Waktu tu lah saya decide nak belajar programming. Ia sesuatu yang menarik minat saya.”
Bila ditanya cara belajar, Kenzon cakap dia suka study sambil dengar muzik yang tenang-tenang untuk tingkatkan tumpuan dan buat dia rasa tak sunyi sangat masa ulang kaji bahan bacaan braille.

Siapa kata orang buta takleh dapat straight As?! Cayalah Kenzon!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...