Individu Dakwa Fatin Afeefa ‘Caras’ Suami Orang?






    BEKAS isteri kepada pelakon Adam Shahz iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi topik hangat apabila terdapat individu mendakwa wanita itu menjalinkan hubungan dengan suaminya.Memetik sumber, hal itu didedahkan oleh individu yang dikenali sebagai Hanna Marie menerusi laman sosial Twitter miliknya.Selain itu, individu berkenaan turut mendakwa lelaki dicumbu oleh Fatin dalam foto yang tular di media sebelum ini adalah suaminya.

     Tambah individu itu lagi, Fatin juga pernah mengajak suaminya untuk bermalam di sebuah rumah sewa milik pelakon berkenaan.Pada masa sama, individu itu turut memberitahu bahawa dia pernah menghantar mesej peribadi kepada Fatin agar meninggalkan suaminya itu.


    Tidak terhenti di situ, individu tersebut juga mendakwa Fatin telah berjanji untuk memutuskan hubungan dan tidak lagi mengganggu suaminya.Namun, pelakon itu gagal berbuat demikian apabila Fatin dikatakan memungkiri janji tersebut.

    Sekadar imbas kembali, Fatin pernah menafikan dakwaan dia aktres janda yang memuat naik foto sedang bercium dengan seorang lelaki menerusi Instagram.Namun, berbalik pada pendedahan individu tersebut sedikit sebanyak mula menimbulkan kegusaran dan keraguan terhadap penafian yang dibuat oleh Fatin terdahulu.


    Pun begitu, kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan dan sehingga kini tidak ada sebarang laporan yang mendedahkan kebenaran berhubung perkara ini.Hmmm… Adakah Fatin akan buka mulut berhubung hal ini? Jadi buat masa ini, sama-sama kita tunggu… – MYNEWSHUB.CC/AM

     



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...