"BERHENTI GANGGU KETENTERAMAN RITA" - IZREEN NAFI 'LARI'








Dek kerana tindakan kawan baiknya, Izreen Azminda, 33, menutup fungsi komen dan menyahaktif Instagram, pelakon Rita Rudaini telah membuat luahan berhubung dirinya menjadi mangsa serangan netizen. Walaupun sudah cuba memberitahu Izreen untuk membuka fungsi komen dan membiarkan netizen menulis, Izreen membiarkan Rita terus dikecam dan ini menyebabkan Rita berkecil hari.

Enggan terus berdiam diri, Izreen telah tampil meminta netizen supaya berhenti mengganggu Rita berikutan kontroversi pernikahannya. "Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

"Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau 'haters'. "Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini," katanya.

Fathia yang juga belum berhasrat membuka Instagram miliknya untuk dikomen netizen, menjelaskan bahawa dirinya itu bukan melarikan diri tapi ingin hal ini 'selesai' terlebih dahulu.

"Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG. "Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan.

 
Izreen juga menafikan kontraknya untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan telah ditamatkan, sebaliknya kontrak itu sebenarnya sudah tamat dan tidak disambung. "Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.


"Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...