Azmin seloroh mahu campak KSU KeTTHA dalam empangan








SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan dia bersedia 'mencampak' Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Zaini Ujang ke dalam empangan jika terbukti kerajaan negeri di pihak yang benar berkenaan isu air.

Beliau berkata, pihaknya kesal dan terkilan dengan penjawat awam seperti Zaini yang seakan-akan merelakan dirinya dipergunakan kerajaan persekutuan dalam menegakkan isu berkenaan."Saya jemput beliau ke empangan-empangan di Selangor untuk meninjau keadaan sebenar.

"Jika dakwaan yang dibuat beliau dan kerajaan persekutuan tidak benar, saya boleh campak beliau ke dalam empangan," katanya.Beliau berkata demikian dengan nada berseloroh ketika berucap pada Karnival Himpunan Rakyat bertemakan 'Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor Masa Depan Malaysia' di Stadium Melawati, sebentar tadi.

Program berkenaan diadakan bersempena dengan ulangtahun ke-10 pentadbiran Kerajaan Selangor.
Pada masa sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut mencabar Zaini bertanding dalam PRU14 jika berniat bermain politik dalam isu air di negeri itu."Zaini sebagai penjawat awam seharusnya menyampaikan fakta yang tepat bukan memutar belitkan fakta dan cuba bermain politik.

"Beliau serang saya dengan mendakwa rizab air 0 peratus dan tiada jaminan bekalan air di negeri ini, kalau betul nak jadi ahli politik, letak jawatan dan bertanding dengan saya di Gombak atau Bukit Antarabangsa atau di mana-mana kawasan yang saya tandingi," katanya.

Mohamed Azmin turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dilihat mempergunakan penjawat awam dalam isu air di Selangor."Sebagai penjawat awam, Zaini tidak seharusnya tunduk kepada kerajaan persekutuan sebaliknya perlu bersikap profesional serta berintegriti.


"Saya sebagai Menteri Besar, tidak pernah memperalatkan pegawai kerajaan. Kita bersyukur mendapat pegawai kerajaan yang berintegriti, profesional dan bermaruah serta melaksanakan tugas dengan cemerlang," katanya.Terdahulu, Mohamed Azmin pernah menyelar tindakan Zaini yang mendakwa margin bekalan air di Selangor di tahap 0 peratus.Bagaimanapun, serangan itu dilakukan secara berterusan dan dilihat bermotifkan politik.sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...