Rita Rudaini Enggan Beri Komen Isu Ganggu Rumahtangga Aqasha



Sebelum ini riuh pasal isu rumahtangga Aqasha didakwa diganggu oleh Rita Rudaini apabila isteri Aqasha mengamuk di laman sosial Instagram dengan memuatnaik perbualan antara Aqasha dan Rita Rudaini yang sangat mesra.

Dalam rancangan Melodi TV3 sebentar tadi, pihak Melodi ingin mendapatkan penjelasan daripada Rita Rudaini mengenai perhubungannya dengan Aqasha dan komen mengenai rumahtangga Aqasha yang kononnya diganggu oleh Rita.

Namun, Rita hanya tersenyum dan ketawa apabila ditanya mengenai spekulasi tersebut dan enggan memberi sebarang komen.
Melihat reaksi dan respon Rita Rudaini mengenai isu rumahtangga dan perhubungannya dengan Aqasha, Rita seolah-olah tiada sebarang idea untuk menepis isu tersebut dan seperti melarikan diri kerana katanya dia hendak cepat atas urusan di Seri Pentas TV3.


Wartawan Melodi menegasakan, semakin lama Rita mendiamkan diri, semakin banyaklah spekulasi yang akan timbul mengenai Rita Rudaini dan Aqasha selepas ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...