Berpeluk Dalam Filem, Emma Maembong Jawab Tohmahan



PELAKON berwajah Pan-Asian, Emma Maembong sememangnya menjadi antara pelakon berhijab yang sering kali tidak putus-putus diberikan tawaran lakonan oleh penerbit dan pengarah yang cukup gemar bekerjasama dengannya.

Namun begitu, sebagai seorang pelakon yang memakai tudung, pasti banyak pantang larang dalam lakonan yang menuntut pelakon itu untuk membataskan cara lakonannya agar selari dengan imejnya sebagai seorang yang berhijab.

Namun, Emma sudah pun bersedia dengan segala tohmahan dan kritikan negatif yang bakal diterimanya sebaik filem lakonan terbaharu, Kimchi Untuk Awak ditayangkan sejak Khamis lalu.
Ini kerana dalam filem tersebut, dia tidak dapat lari daripada melakukan adegan dan babak bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon gandingannya iaitu Aiman Hakim Ridza bagi mengikut jalan cerita dan skrip naskhah berkenaan.



“Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang mengganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja.
“Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian. Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang di tangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak,” katanya dipetik mStar.
Untuk makluman, filem Kimchi Untuk Awak yang sedang ditayangkan di pawagam merupakan arahan Michael Ang.
Filem yang menjalani penggambaran di Korea Selatan ini turut dibintangi Janna Nick, Dira Abu Zahar, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz dan Normah Damanhuri. – MYNEWSHUB.CC


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...