Sering Pakai Pakaian Keterlaluan, Ini Respon Tiz Zaqyah



Pelakon Tiz Zaqyah merupakan artis yang sering dikecam orang ramai terutama para ‘haters’ kerana sering berpakaian agak terdedah.

Dalam satu temuramah, Tiz memberitahu itu adalah dirinya dan tidak mahu bersikap hipokrit.
Bagi Tiz, gambar-gambar tersebut tidaklah terlalu keterlaluan atau terlalu terdedah.
Ini komen pelakon jelita ini:
“Sejak dulu lagi saya memang suka berkongsi apa saja gambar aktiviti harian serta karier di Instagram..”
“Ada di antara gambar itu mungkin nampak keterlaluan pada pandangan orang lain tetapi ia perkara biasa bagi saya.”
“Saya bukan melakukan aktiviti yang salah dan mereka yang berada dalam gambar-gambar itu adalah rakan-rakan saya. Ibu bapa saya juga mengenali mereka dan tahu aktiviti yang kami lakukan,”
Tiz Zaqyah sering memuat naik gambar aktiviti santainya bersama rakan-rakan di laman sosial Instagram miliknya yang kini memiliki 1.3 juta pengikut. -PENMERAHDOTCOM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...