Selepas ‘Alaikum Salam’, Lindsay Kongsi Hadis Di IG



SELEBRITI Hollywood popular, Lindsay Lohan terus-menerus menimbulkan teka-teki mengenai agama yang dianutinya kini.

Terbaharu, pelakon filem Mean Girls ini sekali lagi menimbulkan spekulasi apabila memuat baik satu petikan hadis Nabi Muhammad SAW riwayat Imam Bukhari menerusi laman Instagramnya, kelmarin.

Hadis itu berbunyi; “What actions are most excellent? To gladden the heart of human beings, to feed the hungry, to help the afflicted, to lighten the sorrow of the sorrowful, and to remove the sufferings of the injured (Bukhari).”

“Perbuatan apa yang paling baik? Dengan menggembirakan hati manusia, beri makan orang yang lapar, bantu mereka yang terbeban, meringankan kesedihan yang sedih dan menghilangkan penderitaan yang terluka (Bukhari),” tulisnya.
Posting tazkirah itu lantas menarik perhatian ramai hingga mendapat 140,000 tanda ‘Likes’ dan menerima komen hampir 9,000.
Rata-rata netizen meninggalkan ucapan ‘Semoga Allah memberkatimu’ kepada Lindsay.
Sebelum ini, Lindsay mengejutkan ramai apabila bertindak memadam semua gambarnya dan menulis ‘Alaikum Salam’ di ruangan bio laman Instagramnya.


Tindakannya itu lantas ramai yang beranggapan bintang terkenal itu telah memeluk agama Islam.
Pun begitu, ibu Lindsay dan jurucakapnya menafikan bintang telah menukar agama sebaliknya, hanya mendalami agama lain.

Lindsay pula mengambil pendekatan enggan mengulas status agama yang dianutinya. – MYNEWSHUB.CC



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...