Lagi Video Aksi Manja Ruhainies Jadi Tular


SEBELUM ini, video rengekan manja aktres Ruhainies ketika hendak disuntik jarum menjadi tular sehingga menjadi bual bicara di kalangan peminat setianya.

Tak terhingga setakat itu, Ruhainies baru-baru ini tampil dengan sebuah lagi video yang turut menjadi tular bila mana dia dilayan bak puteri ketika sedang membeli-belah di sebuah pasaraya.

Aksi manja pelakon berusia 25 tahun itu terserlah ketika adik lelakinya sedang mendukungnya ketika melewati bahagian jualan minuman dan ais krim di pasaraya tersebut.

Tak terhenti setakat itu, aksi manja dan comel Ruhainies berterusan apabila dia membuka pintu peti simpanan ais krim sebelum menutupnya kembali kerana tak tahan dengan kesejukan suhu.

Hai, memang comel betul kan aksi Ruhainies ni.. Agak-agak video apa lagi dia nak share dengan peminat selepas ini ya? – sebelumnya 

Menerusi laman Instagramnya, aktres yang mempunyai iras wajah Nora Danish ini berkongsikan dua video menunjukkan gelagatnya yang takut ketika hendak disuntik jarum oleh doktor yang bertugas.
Ruhainies mengambil suntikan itu untuk melakukan ibadah umrah yang akan dilakukan tidak lama lagi bersama ahli keluarga yang lain.

Turut kelihatan dalam video itu ialah kakaknya, Nur Risteena yang juga merupakan seorang pelakon.
Nak saksikan babak rengekan manja Ruhainies, tontonlah video bawah ni! – MYNEWSHUB.CC 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Lagi Video Aksi Manja Ruhainies Jadi Tular"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.