Tasha Shila Berpakaian Menjolok Mata Cetus Kontroversi


Kuala Lumpur – Baru sahaja kontroversi mula reda, Tasha Shila kembali mencetuskan kontroversi baharu dengan memakai pakaian yang menjolok mata. Tasha Shila tampil dengan penuh seksi dalam satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen.

Pakaian yang dipakainya jelas mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya itu mencetus pelbagai kritikan daripada peminat hiburan tanah air.


Melalui beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya), tindakan Tasha yang berani itu mendapat maklumbalas daripada peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.

Seperti yang sudah dijangka, ramai pengikut Tasha di laman Instagram mula memberikan komen-komen negatif dengan imejnya yang semakin seksi sejak kebelakangan ini. Tasha kerap kali dikaitkan dengan imej seksi melampau selain berani menggayakan bra di muka hadapan sebuah majalah.

Terdapat juga peminatyang memohon supaya pelakon ini bertaubat selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.


Sebelum ini Tasha Shila pernah mengenakan hijab apabila hubungan cintanya putus di tengah jalan. 

Namun Tasha Shila pernah menyatakan bahawa – yang penting hati, bukannya pakaian seseorang itu. - Ratankekunci.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...