Doa Dalam Status Di Instagram Petanda Kematian Pengantin Baru



Coretan seorang pengantin baru yang mendoakan agar suaminya sentiasa tabah, kuat dan berserah kepada Allah di laman Instagramnya menjadi petanda kematiannya akibat serangan jantung di rumah sewa mereka di Taman Puteri Lagenda, di sini, Isnin lalu.

Dalam status yang dibuat seminggu lalu Nafisah Salleh menulis;

"Semoga Allah melindungimu , merahmati hidupmu, mengurniakan segala kebaikanNya kepada mu, mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepadamu...wahai suami ❤ Tabahlah,kuatlah,terus berdiri ... In shaa Allah , semuanya akan jadi sebaiknya dgn izinNya.  Psss : mrhusband , i love you so much!"

Arwah yang berusia 23 tahun baru bernikah pada 16 September lalu dan menghitung hari untuk majlis persandingan bulan depan, ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan oleh ibunya, Faziah Abdullah, 56, yang datang menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.

Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula dua hari kemudian. Suami arwah, Mohd Syafirul Salleh, 23, ketika ditemui berkata, dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.

Katanya, ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah.
Sumber: Harian Metro Online



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...