Betapa takutnya saya dengan ekonomi Malaysia sekarang - Dato Alif Syukri



Pengasas produk kecantikan, D'Herb iaitu Dato Aliff Syukri menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan ekonomi Malaysia selepas melalui pengalaman yang menjengkelkan ketika membuat lawatan ke Australia baru-baru ini.

Betapa takutnya saya dengan ekononi Malaysia sekarang. Melihat kehidupan sekarang kos sara hidup yang melambung tinggi dan bisnes semakin menurun dalam semua bidang.

Ini menyebabkan kan company sy terpaksa berfikir untuk meluaskan perniagaan saya di Thailand dan paling mengecewakan duit di negara Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat orang Thailand bekerja di Malaysia berbanding 4 tahun lepas.

Malah satu persatu kilang-kilang jenama gergasi di Malaysia ni telah tutup dan berpindah ke negara lain. Mengapa dan sebab apa?? Cuba bayangkan 2 tahun akan datang apa yang terjadi pada Malaysia.

Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diitiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy. Sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka behijrah menjadi buruh kasar???

Malah sekarang ni ramai pekerja yang terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniagaa kecil kecilan dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli. Macam mana nak berniaga. Siapa yang akan membeli…???


Sy berdoa agar. Majulah Malaysia demi rakyat marhen seperti kami.
 OHMEDIA: MUNGKINKAH EKONOMI MALAYSIA AKAN JADI SEMAKIN BAIK?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...