Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sudah Bertunang?



Tahniah kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sudah melangkah ke fasa lebih serius dalam perhubungan percintaannya dengan  Noor Nabila, apabila keluarganya dikatakan sudah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada tengah hari tadi.

Berita gembira itu turut dikongsi oleh adik Noor Nabila sendiri iaitu Ameera yang memuat naik foto sewaktu ibu Sharnaaz menyarungkan cincin kepada Noor Nabila.
Malah, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya juga memuat naik foto beliau dan Sharnaaz dengan kapsyen agar hubungan mereka kekal sehingga jinjang pelamin.



Mereka menyulam cinta lebih daripada setahun dan meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, hubungan percintaan mereka tetap utuh.
Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, semoga segala perancangan mereka untuk bernikah berjalan dengan lancar. Memang dah sepadan tu.. sumber http://beautifulnara.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...