Bekas Suami Elly Mazlein Terkilan Dituduh Punca Penceraian Angkara Pihak Ketiga!


Gosip Artis Malaysia - Berita penceraian Elly Mazlein ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya selepas bersalin cahaya mata pertama, Elly Mazlein sah cerai malah Elly Mazlein Sah Cerai Talak Satu Tahun Lalu.

Namun begitu, punca sebenar penceraian mereka tidak diketahui tambahan pula Elly Mazlein ambil pendekatan ‘mengunci mulut’. Sehinggalah kini timbul dakwaan mengatakan punca penceraian Elly Mazlein dan bekas suaminya Azma Hatta angkara pihak ketiga. Bagaimanapun Azmi Hatta tampil menegaskan ia bukanlah seperti yang didakwa.

Baca Juga :ECOH! Gambar Fazura Tampil Seksi Dikritik Peminat Bikin Panas!


Tambah Azmi, 40, lagi tuduhan mengaitkan dirinya dengan pelakon wanita iaitu Faye Kusairi adalah tidak berasas dan sangat tidak adil buat dirinya.

Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan ruangan pojok akhbar mingguan bahawa perpisahannya dengan pelakon Elly Mazlein disebabkan orang ketiga iaitu Faye Kusairi.
Azmi berkata, dia juga menganggap dakwaan bekas isterinya itu yang menuduh dia cuba bermain kayu tiga sebagai terlalu kasar. Tambah beliau lagi dia terkilan dan simpati dengan nasib Faye kerana menjadi mangsa untuk menjatuhkan maruah dirinya.

Sementara itu mengulas tentang perpisahan yang terjadi, sejujurnya beliau sayangkan rumah tangga yang dibina malah pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan perkahwinan mereka namun gagal.
Katanya, talak dijatuhkan dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober tahun lalu.

Azmi berkata perpisahan itu sangat berat baginya tambahan lagi perkahwinan yang dibina masih lagi baru malah tidak sampai setahun.Untuk info, Azmi Hatta dan Elly Mazlein mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.gosipmalaysia.com

Baca Juga : Info Menarik Siti Nurhaliza Perlu Anda Tahu!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Bekas Suami Elly Mazlein Terkilan Dituduh Punca Penceraian Angkara Pihak Ketiga!"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.